Komuniti Pengail


Dengan wujudnya teknologi kail ini, terciptalah sebuah komuniti pengail, yang mana komuniti ini terbahagi kepada dua iaitu komuniti Gesselschaft yang berteraskan kepada kepentingan komersial dan komuniti Gemeinschaft yang hanya bertujuan sekadar pengisi masa luang (hobi).

Konsep Nelayan (Pengail)

Nelayan merupakan induk dari segala macam jenis aktiviti menangkap ikan. Namun mempunyai bermacam-macam di bawahnya ibarat gambar rajah 1.1 iaitu gambaran seekor Sotong Kurita. Nelayan diibaratkan kepala sotong, dan kakinya yang banyak cabang sebagai kategori dalam nelayan iaitu: rambat, bintur, bubu, pukat, bujak, pancing/kail dan sebagainya.








Sejarah Pengail atau Pemancing

  • 39 ribu tulang ikan dan 3 batang pancing dijumpai dalam gua batu kapur di Jerimalai, Timor Timur (Sebagai bukti bahawa pada 42 ribu tahun lalu aktiviti pancing telah wujud).

  • Artikfak-artifak ini ditemukan pada ketinggian 50 meter dari permukaan laut.
  • Cangkang Trochus

    • Sisa-sisa tulang-belulang juga telah dijumpai pada sebuah lubang penguji seluas satu meter persegi berjarak 300 meter dari bibir laut. Didapati terdapat 23 jenis tulang ikan antaranya tulang ikan tuna, unicorn fish, parrot fish, trevallies, trigger fish, kakap, kaisar dan kerapu.
    • Kail yang ditemukan di gua itu nampak terbuat dari cangkang Trochus.

    Sejarah nelayan di Brunei 

    • Dari sejarah Brunei, kebanyakkan masyarakat Melayu Brunei tinggal berhampiran dengan air (sungai) dan tidak dinafikan lagi, pekerjaan sumber rezeki masyarakat Melayu Brunei adalah menangkap ikan. 
    • Sejak abad ke-19, sumber utama pekerjaan penduduk Kampong Ayer adalah menangkap ikan di perairan Sungai Brunei. 
    • Tidak dinafikan lagi, kebanyakkan masyarakat Brunei terutama penduduk yang tinggal di Kampung Ayer tersebut telah mengamalkan kegiatan menangkap ikan. 
    • Apa yang dapat dijelaskan disini adalah daripada kegiatan ini, penduduk Kampung Ayer dapat menikmati sumber pendapatan yang berlanjutan dan melambangkan identiti budaya penduduk Kampong Ayer.

    Pandangan Mengenai Pengail:


    Masyarakat mendefinisikan pengail sebagai orang yang menangkap ikan menggunakan mata kail, samada bertujuan mencari rezeki atau hobi semata-mata.


    Statistik Mengenai Pengail:

    Rajah 1.2
    Dari Rajah 1.2 di atas menjelaskan bahawa majoriti masyarakat sekarang mendefinisikan pengail sebagai aktiviti menangkap ikan bagi tujuan hobi. Ini disebabkan pekerjaan nelayan bukan lagi pilihan utama bagi generasi moden.